Sabtu, 11 Juli 2015

Ular Sawa Paling Besar Pernah Dijumpai Di Ranau Sabah.


Ular dikatakan dijumpai oleh orang kampung di sekitar daerah  ranau Sabah, dan dipercayaai sesat  dari Gunung Kinabalu. Inilh ular pling besar dn baru pertama kali dijumpai di sekitan Ranau.

Walau bagaimanapun, berita ini belum dipastikan kesahihannya kerna info diambil dari sahabat.

Apapun, jangan terlalu percaya dengan cerita yang belum ada kebenarannya..

Kamis, 23 April 2015

Tindakan paling Bodoh seorang lelaki telan 200 logam..!


INDIA – Apabila Rajpal Singh, 34, memaklumkan bahawa dia sakit perut, para doktor di sebuah hospital di Punjab menyangka dia mengalami keracunan makanan ataupun ulser.
Namun mereka tidak menyangka sama sekali bahawa punca kesakitan tersebut adalah akibat tabiat Rajpal yang gemar makan bahan besi dan logam.

22


Lelaki Telan Lebih 200 Logam Untuk Atasi Tekanan

Doktor menemui sebanyak 140 duit syiling, 150 paku, bateri kecil, skru dan magnet. Semua bahan berkenaan ditelan oleh Rajpal sejak tiga tahun lalu akibat tekanan.
Dengan menelan objek tersebut, Rajpal yang mengalami masalah keluarga itu dapat melupakan kemurungan yang dialaminya.
“Saya biasanya menelan syiling dan bahan logam itu bersama dengan jus dan susu.
“Doktor yang merawat saya memberitahu bahawa objek tersebut boleh menikam usus saya dan saya juga boleh mati,” katannya.
Susulan itu doktor terpaksa melakukan 240 endoscopy untuk mengeluarkan bahan tersebut namun hingga kini masih ada baki logam berkenaan dalam badan Rajpal.
Disebabkan keadaan badannya yang lemah itu, doktor terpaksa menunggu beberapa hari lagi sebelum proses endoscopy dijalankan semula. – MYNEWSHUB.cc

Lebuhraya Scotland sesak akibat Seekor anjing pandu Traktor..!


SEBUAH kejadian pelik telah berlaku di sebuah lebuhraya di Scotland sehingga berlaku kesesakan lalu lintas.
Ia gara-gara seekor anjing dipercayai memandu sebuah traktor di lebuhraya M74 berdekatan dengan Abington di South Lanarkshire, semalam.

Kejadian itu segera mendapat perhatian dan viral selepas akaun twitter Traffic Scotlandmemaklumkannya.
Video anjing memandu; SAKSIKAN VIDEO TERSEBUT DI SINI.

Anjing yang digelar Don itu dimiliki oleh seorang peladang di situ dikesan berada di tempat pemandu ketika itu.
Don dipercayai mengawal traktor itu dari ladang tuannya hingga ke jalan raya yang sibuk itu.
Mujur tiada kemalangan berlaku dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
– MYNEWSHUB.CC

FOTO; Gelagat Tun M selfie, yang bergaya bersama cucu..!



Siapa sangka, meskipun mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan tegas dalam berbicara namun dalam diam beliau sebenarnya layak digelar atuk paling penyayang.

download (2)

Kalau korang nak tahu, Tun Mahathir yang senang disapa dengan gelaran Che Det ini sebenarnya sangat mesra dan sempoi dalam melayan kerenah cucu-cucunya.
Lihat sahaja gambar aksi selfie yang sering kongsi oleh seorang cucunya, Meera Alyanna Mukhriz bersama atuknya dalam laman Instagram.
Tersenyum-senyum kami melihat gambar comel atuk dan cucu ini beraksi menerusi lensa kamera.
Pastinya, Meera merupakan antara cucu yang paling bertuah di dunia kerana memiliki atuk yang penyayang dan bijaksana.
Mari kita saksikan beberapa gambar yang dikongsi Meera…. – MYNEWSHUB.CC

download (5)

download

download (1)

download (3)

download (4)


Rabu, 22 April 2015

China Jumpa 43 telur Dinosour semasa pembaikan jalan raya..!!


BEIJING — Sekumpulan pekerja China yang sibuk memperbaiki sebatang jalan rosak di bandar raya Heyuan, wilayah Guangdong, terkejut apabila menemui puluhan telur dinosaur, lapor media tempatan pada Rabu.

Penemuan sebanyak 43 butir telur haiwan prasejarah itu, termasuk 19 daripadanya masih kukuh, kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa wilayah di samping pakar purba yang kemudian bergegas ke lokasi tersebut.
Setelah diteliti, kesemua telur itu dianggarkan berusia antara 65 juta hingga 230 juta tahun, atau secara tepat ketika zaman Mesozoic; tempoh haiwan dinosaur besar sepertiTyrannosaurus menguasai planet Bumi.


Pakar arkeologi, Du Yuanli, yang menyelia sebuah muzium tempatan menjelaskan, puluhan telur itu dipercayai berasal daripada 14 jenis fosil berbeza dengan saiz ukuran paling besar memiliki diameter 13 sentimeter.

“Kami masih meneliti untuk memastikan usia sebenar dan spesies telur-telur itu, kerana ia dijumpai di batuan pasir merah bawah tanah, dalam lingkungan tempat telur-telur dinosaur sering ditemui,” kata beliau.
Heyuan juga dikenali sebagai ‘titik panas’ fosil dinosaur termasuk tulang belulang, jejak kaki dan puluhan telur haiwan primitif raksasa itu kerap dijumpai di beberapa lokasi di sekitar bandar raya tiga juta penduduk tersebut.






Yuanli turut meminta penduduk agar lebih berwaspada jika mereka menemui apa-apa fosil haiwan purba, bahkan meminta mereka segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak pemerintah.
Dianggarkan sejak 20 tahun lalu, lebih 13,000 butir telur dinosaur ditemui di Heyuan yang dalam bahasa Mandarin bermaksud, punca air sungai; sekali gus membuktikan kawasan itu memang habitat haiwan purba.
Pada 2004, Muzium Fosil Dinosaur Heyuan mencatat sejarah dalam buku Guinness World Records apabila diiktiraf menyimpan koleksi telur dinosaur dengan jumlah terbesar di dunia: 10,008 butir. – Agensi/A.AMREE

Selasa, 21 April 2015

Kisah Lucu..Pinjam Suami selama 5 bulan...!!

Gambar menunjukkan sms telefon yang diterima seorang isteri...

CUBA bayangkan,JIka tiba-tiba jiran anda memberi sms untuk minta maaf kerana sudah terlanjur dengan isteri anda selama berbulan-bulan tanpa pengetahuan.
Guna siang dan malam pulak tu, pergh! Menyirap tak darah anda bila dengar pengakuan berani macam tu. memang anda marah kan..??
Inilah yang terjadi pada seorang Isteri.......
Seorang suami ini mengalami nasib malang selepas jirannya membuat pengakuan berani tersebut, selepas jirannya berbulan-bulan menggunakan ‘wife’-nya ketika dia tiada dirumah.
Selama ini si suami mati-mati ingat isterinya setia, berang dengan pengakuan jirannya itu si suami segera balik ke rumah.
Tak cakap banyak terus dipukul isterinya itu lalu ceraikannya dengan talak tiga.

Tapi tak lama lepas tu si suami menerima sebuah lagi mesej…



Kisah budak miliki kepala tergantung amat misteri.!!


NEW DELHI, India – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sini menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan kepalanya dalam keadaan tergantung di tubuhnya.

Kanak-kanak itu, Mahendra Ahirwar yang berasal dari Madhya Pradesh, tengah India bukan sahaja tidak mampu berdiri atau berjalan, malah tidak boleh duduk lama akibat tulang belakangnya yang lemah.
Keadaan itu menyebabkan Mahendra hanya mampu merangkak dan memerlukan bantuan untuk makan atau ke tandas.
Bapanya, Mukesh Ahirwar, 40, berkata, dia telah merujuk kepada lebih 50 doktor di seluruh negara, namun mereka tidak dapat mengesahkan penyakit anaknya itu yang mula dikesan ketika dia berusia enam bulan.

“Dia tidak mampu membuat apa-apa dengan sendiri. Bayangkan, dia hanya mampu duduk di satu sudut sepanjang hari. Jika doktor tidak boleh merawatnya, lebih baik tuhan mengambilnya,” katanya.
Sementara itu, seorang pakar telinga, hidung dan tekak Hospital Artemis, Dr. Shashidhar Tatavarthy berkata, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah gangguan otot.
“Ia merupakan salah satu kes yang paling luar biasa. Kepalanya tergantung mungkin kerana masalah tulang belakang atau gangguan otot,” katanya. – Agensi






Ads Inside Post

Banyak Di Baca Dan Share

Ads Dextop And Mobile