Senin, 31 Januari 2000

Artis Wanita Jadi "ESCORT GIRL" VVIP?


Harian Metro baru-baru ini melaporkan yang pihak polis kini sedang memantau sekurang-kurangnya 10 orang artis tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau 'ESCORT GIRL' dengan menerima bayaran yang agak lumayan sekali.

Siasatan mendapati baberapa artis popular serta pendapatan baru meningkat naik mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan 10,000 untuk satu malam termasuklah perkhidmatan aksi di ranjang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mendedahkan perkara itu mengesahkan beberapa artis yang kebanyakkan mereka adalah pelakon kini berada dalam radar pemantauan mereka.

"Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya sudah berhenti namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni, "katanya.

Harian Metro juga mendedahkan yang artis sebagai gadis penemaan ini tidak bergerak sendirian tetapi mempunyai orang tengah yang mengaturkan mereka dengan golongan atasan & VVIP sebelum berunding sehinggah ke perkhidmatan di ranjang.


"Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya," tambahanya lagi.


Ads Inside Post

Banyak Di Baca Dan Share

Ads Dextop And Mobile