Sabtu, 26 Februari 2000

Gara-Gara Tidak Puas Hati Dengan Juara Ratu, Pemenang Tempat Ke-2 Mengamuk.


Sheislane dilihat merampas mahkota daripada Carolina.
Manaus, Brazil: Pertandingan Ratu Cantik Miss Amazon 2015 kecoh apabila pemenang tempat kedua yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim menarik mahkota daripada saingannya yang dinobatkan gelaran berkenaan.

Dalam kejadian kelmarin, Sheislane Hayalla, 23, yang berang dengan kemenangan Carolina Toledo, 20, membaling mahkota berkenaan ke lantai dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum meninggalkan pentas apabila menganggap wanita berkenaan tidak layak untuk memenangi gelaran terbabit yang didakwa sudah “dibeli.”

“Memang wang berkuasa di Manaus dan saya mahu menunjukkan bahawa itu tidak benar di sini.
“Dia tidak layak untuk memegang gelaran itu,” katanya.

Penganjur pertandingan segera berusaha mengutip mahkota itu dan meletakkannya semula di kepala Carolina manakala pengawal keselamatan mencari penyerangnya.

Bagaimanapun, Carolina enggan mengulas kejadian berkenaan.

Pemenang Miss Amazon itu akan mewakili negerinya dalam pertandingan ratu cantik Miss Brazil.
Sementara itu, penganjur pertandingan sedang mempertimbangkan sama ada Sheislane akan dikenakan sebarang tindakan.

Ini bukan kali pertama kontroversi melanda pertandingan ratu cantik di Brazil. Beberapa tahun lalu, pertandingan Miss Bumbum bagi mencari punggung paling cantik turut menerima kecaman apabila dua calon dituduh merasuah hakim untuk meraih kemenangan. - Agensi


Senin, 21 Februari 2000

Biadota Pelakon Utama Drama Bila hati Berbicara - Atikah Suhaime.

 Pelakon kelahiran Singapore, Atikah Suhaime mungkin akan lebih dikenali dalam bidang lakonan Malaysia selepas membintangi watak utama dalam drama berjudul Bila Hati Berbicara yang kini bersiaran di slot Akasia TV3
Sebelum ini, Atikah yang lebih sinonim dengan watak sebagai perempuan remaja dalam kebanyakan naskhah lakonannya pernah dicalonkan top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013)
Atikah Suhaime yang kini mengintai nama dalam industri hiburan di negara ini bernaung bawah syarikat produksi MIG sejak setahun yang lalu

Bagi peminat hiburan tanahair yang mahu mengenali Atikah Suhaime berikut disertakan biodata atau profil ringkas tentang dirinya
Nama penuh : Nurul Atikah Mohd Suhaime
Umur : 23 Tahun (2014)
Tarikh lahir : 15 Mac 1991
Asal : Tampines, Singapura
Pendidikan : Graduan Diploma Komunikasi Media di Politeknik Singapura
Adik-beradik : Anak kedua dari tiga beradik
Kerjaya : Pelakon/ Model
Hobi : Memanah
Idola : Maya Karin
Kekasih : Belum mempunyai kekasih (solo)
Twitter : https://twitter.com/AttKelmari
Instagram : http://instagram.com/atikahsuhaime
Artis : MIG
Drama : Dewi Lasak, Dikir Puteri dan Delicatessen (Singapura), Rawan (TV9), Rubi (TV3), Bila Hati Berbicara TV3 (2014)
Telemovie : Doa Ibu, Kampung Mangkuk Sengkuang
Filem : Lagenda Budak Hostel, Longkai, Cari, Highlands Tower, Banglasia, Gudang Kubur

Minggu, 20 Februari 2000

6 Gambar Gadis Cun Berasal Dari Malaysia Kini Popular Di Peringkat Antarabangsa.



Hai. Anda kenal dengan satu figura yang popularitinya baru sahaja meningkat naik kerana hobinya yang suka ber’selfie’ dengan gambar-gambar yang menarik? Memperkenalkan, Min Chen yang merupakan seorang Warga Malaysia tetapi sangat popular di peringkat Antarabangsa seperti Taiwan, Singapore dan sebagainya.






Raisyyah Raina Yeap Tidak Terkecuali Sambut Tahun Baru Cina Tahun 2015.


PETALING JAYA : Walaupun sudah memeluk Agama Islam, Raisyyah Rania Yeap (Rara) tetap menyambut Tahun Baru Cina (CNY)
Menurut Rara, baginya CNY tiada kena mengena dengan sambutan keagamaan, tetapi lebih kepada Sambutan Tahun Baru mengikut Kalendar Lunar.
Dulu, Rara merupakan seorang Atheist (tiada pegangan agama) tidak pernah membuat ritual sembahyang setiap kali CNY.Menurut Rara lagi, sambutan CNY sebagai seorang Muslimah membuatkan dia lebih menghargai susur galur keturunannya iaitu sebagai Kaum Cina.
Semalam melalui laman Facebook nya, dia ada memuatnaikkan status berbunyi, “Sekarang waktu saya masak makanan sendiri. Menggunakan peralatan baru untuk makanan Halal. Sebelum menaikkan gambar-gambar juadahnya di laman sosial seperti ayam masak merah, sup dan telur goreng.
Hanya CNY membuatkan Rara merasakan suasana dimana semua orang pulang ke rumah dan riuh. Sebab itulah  Rara tetap meraikan CNY, hanya pada waktu ini sahajalah dia berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga.
Rara amat menghargai Budaya Cina, tetapi Rara akan pastikan dia menjauhi budaya budaya yang menyimpang dari ajaran agamanya seperti sembahyang, berjudi, minum arak dan memakan makanan yang tidak halal.

Fesyen Gaun Terlampau Selibriti Korea Dikecam Ketika Di Karpet Merah.


Minggu lalu, artis Oh In Hye menjadi headline berita di media Korea ketika mengenakan baju berwarna MERAH.

orange di acara Busan International Film Festival (BIFF) yang ke-16. Berawal dari baju yang cukup berani tersebut, Oh In Hye kini berubah dari seorang yang tidak banyak dikenal menjadi "Cinderella" ajang BIFF.

Gara-gara baju tersebut, orang-orang jadi ingin tahu pilihan baju seperti apa yang bakal ia kenakan kemudian. Jumat (14/10), di hari terakhir perayaan BIFF, Oh In Hye kembali melangkahkan kaki di karpet merah dengan mengenakan gaun berwarna hitam, yang begitu berbeza dengan gaun sebelumnya. Layaknya 'black swan', Oh In Hye mengenakan gaun kulit hitam yang dipadu dengan blink-blink.


Jika gaun pertama Oh In Hye membuat orang-orang fokus dengan garis leher karena wanita ini seolah menghilangkannya. Saking rendahnya, gaun tersebut mengundang banyak kontroversi. Namun kali ini Oh In Hye memutuskan untuk tampil lebih modist dengan gaunnya.

Seolah ingin membuat orang yang terlanjur jatuh dalam pikiran penuh kontroversi geleng-geleng kepala. Sisi anggun Oh In Hye terekam dengan sempurna lewat gaun tersebut.


Publik pun setuju bahwa wanita ini telah membuat kemajuan dalam penampilan. Perubahan dramatis Oh In Hye, lewat gaun yang penuh skandal menjadi gaun yang begitu elegan sekali lagi menjadikan wanita tersebut menjadi headline media.

Lelaki Separuh Bogel Diserbuh Sekumpulan Lelaki Bersenjata Besi.


SEGAMAT: Bandar Segamat orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogel dengan hanya berseluar pendek telah berlari di khalayak orang ramai lalu sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki yang membawa paip besi.

Lelaki tersebut telah pergi ke arah sebuah teksi yang sedang parkir sebelum masuk ke dalam kenderaan tersebut dan menguncinya dari dalam.

Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.

Mereka kemudian ternampak seorang lelaki sedang melarikan diri dengan hanya berseluar pendek sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki lain.

Apabila tiba di hentian teksi lelaki yg berseluar pendek itu telah masuk ke dalam teksi dan menguncinya dari dalam.

“Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.

“Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit,” katanya.

Artis Paling HOT Tahun 2014.


GAMBAR PANAS: WIWID GUNAWAN, ARTIS INDONESIA PALING HOT 2014 | Sebelum ini, kita sering memperkatakan tentang artis-artis Malaysia sahaja seperti isu Adi Putra, Nabila Huda, Neelofa, Emma Maembong dan banyak lagi.

Apakata kita beralih sedikit kepada gosip untuk negara seberang, Indonesia.

Difahamkan, pelakon dan model Wiwid Gunawan dinobatkan sebagai artis paling seksi bagi tahun 2014.

Meskipun usia Wiwid sudah mencecah 31 tahun namun keseksian dan kecantikannya memang tiada tandingan.

Beliau mempunyai pakej badan yang sempurna dan cantik sehingga menjadi kegilaan ramai rakan artis lelaki dan jejaka di luar sana.

Sementara menenangkan fikiran kita di hujung minggu ini, mari skodeng beberapa keping gambar Wiwid Gunawan yang paling menggoda dan menawan. 

Pasangan Pengantin Pakai Dress Lutsinar Ketika Sanding Dalam Masjid Tersebar.


Inilah pasangan pelamin yang dikatakan berseksi tak bertempat. Memang pelik jika kita lihat pengantin perempuan pakai pakaian yang seksi dan bertudung ditambahkan pula ketika bernikah di masjid. Sah juga ke?

Dan leih memalukan lagi ternampak bahagian tali coil atau pakaian dalam. pasti ramai yang terpukau atau terganggu dengan keadaan ini ketika ini.


GEMPAR !!! Personaliti Pengacara Terkenal Letak Jawatan Secara Serentak Punca Utama Rancangan TV Berpendapatan Merudum.


Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.... 

#Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM. Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini..... 

#Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka. 

#Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu. Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.

#Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu. via antarapos.

Sabtu, 19 Februari 2000

Zizie Ezette Tidak Mampu Melayan Dato' Bung Mokhtar.


Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram miliknya.

Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar.


Mengikut pos Zizie, suaminya itu mula berjinak-jinak dengan Candy Crush buat kali pertama sejak tiga minggu lalu. Sejak itu, Zizie mula mengepos beberapa gambar yang memperlihatkan Bung Mokhtar begitu khusyuk bermain permainan itu.





Malah dalam pos hari ini (15 Julai), Zizie mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan: ‘Bini duduk sebelah pun dah x di pandang.I hate u Candy Crush!!#suamidahjumpacintabaru"
Saksikanlah sendiri beberapa gambar dibawah yang dimaksudkan. Apa yang paling penting, dapat dilihat keserasian pasangan suami isteri ini dalam melayari rumah tangga. Sweet sangat!

Viral Rantai Emas Dalam Sayur Cari Pemilik.


Hari ini viral tentang rantai emas dalam sayur...Kepada tuan punya rantai boleh la hubungi Haisyah Yosuff untuk dapatkan kembali barang berharga anda ye..


Jumat, 18 Februari 2000

Pengganas Malaysia Tunjuk Muka Nora Danish Jadi Viral Di Internet.


Ini sesuatu yang perlu diambil serius oleh pihak berkuasa Malaysia selepas klip video berdurasi kira-kira seminit mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini yang dimuat naik sekumpulan empat lelaki bertopeng.
UPDATE-1: Bercakap kepada Harian Metro, Nora Danish enggan beri komen lanjut namun akan bertindak membuat laporan polis berkaitan perkara ini.
Kumpulan yang menggunakan ID pengguna YouTube ‘isis malaysia 69′ yang dianggotai empat lelaki terbabit memberi amaran bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah itu akan dilakukan dengan membakar mercun pada jam 11.30 malam.
Malah kumpulan itu turut menghasut seluruh anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam keterangan video tersebut.
“Mahkamah seluruh Malaysia akan menjadi sasaran kami untuk diletupkan simbolik terhadap kepincangan sistem judiciary Malaysia. Dengan ini kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk bersama kami,” catat mereka dalam keterangan video itu.
Anda boleh membaca berita lanjut tentang isu ugutan ini di The Rakyat Post & yang lebih menarik perhatian kami adalah cara kumpulan ini menggunakan gambar Nora Danish untuk membuktikan yang mereka adalah rakyat tempatan.

Laporan Selanjutnya korang boleh lihat DI SINI.

Korang Masih Ingat Ke Dengan Gadis Ini???



Di negara kita, Sofea Putih telah mengejutkan orang ramai dengan gambarnya yang kurang kain. Di negara jiran pula, seorang gadis telah muat naik gambarnya berbogel di depan semua tempat tumpuan pelancong atau mercu utama Singapura tanpa rasa malu. Pihak berkuasa masih mencari siapa gadis tersebut kerana rupa gadis tersebut telah dikaburkan dalam setiap gambar yang dimuat naik. Namun, bahagian kelamin gadis tersebut langsung tidak dikaburkan. 

3Do you know who is Sofea Putih?











Kamis, 17 Februari 2000

Anwar Sedikt Mengalami gangguan Tidur Ketika Dalam Penjara- Wan Azizah.

KUALA LUMPUR – “Tidur Anwar sedikit terjejas kerana gangguan nyamuk,” kata Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai keadaan terkini suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang di penjara di Sungai Buloh.
Dr Wan Azizah berkata beliau telah memohon kepada pihak penjara supaya menyediakan tilam setebal dua inci dan menyelesaikan masalah tandas yang tidak sesuai.
“Pihak penjara meyakinkan kami namun kami masih menunggu janji mereka untuk menyediakan tilam setebal dua inci dan menangani masalah nyamuk selain tandas cangkung yang tidak sesuai dengan keadaan fizikal Anwar,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah selepas perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Anwar terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Di akhir prosiding hari ini, Anwar sempat berkata: “Terima kasih Yang Arif, saya akan balik ke Sungai Buloh” selepas selesai memberi keterangan.
Kes itu didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid dengan Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Anifah.
Anwar, 67, yang berpakaian kemeja biru muda dan berseluar hitam, tiba pada pukul 7.45 pagi di Kompleks Mahkamah di sini dan dibawa ke dalam bilik bicara sejam kemudian dengan diiringi pegawai dari Penjara Sungai Buloh dan polis mahkamah tanpa bergari.
Sebelum prosiding bermula, anggota keluarganya termasuk Dr Wan Azizah dan beberapa pemimpin pembangkang antaranya Menteri Besar Selangor Azmin Ali dibenarkan bertemu dengan Anwar di bilik saksi.
Cucunya yang masih kecil dan kebiasaannya tidak dibenarkan memasuki mahkamah juga berada di galeri awam ketika prosiding itu berlangsung.
Beliau hadir di mahkamah itu untuk memberi keterangan dalam kes samannya sebanyak RM100 juta terhadap Anifah berhubung kenyataannya pada sidang media di Washington pada Mei 2009.
Anwar dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, lapor Bernama.

Detik-Detik Akhir Sadam Hussein Sebelum Digantung Mati.


Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung | Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantung melilit leher patung itu.

Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga saat akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal"Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat, "kata Mowaffak.

"Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warganegara asing dan tiada pegawai Amerika, "katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun yang.

"Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran."Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja."Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya tidak.

"Tiada tanda takut pada wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan."Orang yang akan mati biasanya akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian, "katanya.

"Saya membawanya ke bilik hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: 'Pergi mati dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup Palestin! "Mowaffak kemudian membawa Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan."Dia berhenti seketika, melihat bilik itu sebelum memandang saya.

Apabila tiba masa hukuman, kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki tangga.Katanya, dia menarik tuil menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan mati.

Sebelum digantung, Saddam sempat mengucap syahadah."Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad ...," tetapi dia tidak sempat menghabiskannya."Dia melakukan begitu banyak jenayah dan dia patut digantung beribu kali," kata Mowaffak

Menurutnya, hukuman ke atas Saddam dilakukan selepas sidang video antara Nuri al-Maliki dengan Presiden AS ketika itu, George Bush, yang bertanya Perdana Menteri Iraq itu: "Apa yang akan kamu lakukan dengan penjenayah itu.

Nuri menjawab: "Kami akan gantung dia."Bush menunjukkan tanda bagus, tanda bersetuju.

Saddam yang memerintah Iraq melebihi dua dekad yang menyaksikan penindasan kejam, perang dan sekatan antarabangsa dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah terhadap pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982. - AFP

sumber: the rock

Pengakuan Berani Mati Gadis Terlanjur Dengan Teman Lelaki Tersebar.


Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya. 

Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun. 

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik. 


“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi. 

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya. 

Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin. 

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak. 

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran. 

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya. 

“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan. 

“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan. 

“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya. 

Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran. 

“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama. 

“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya.

Ads Inside Post

Banyak Di Baca Dan Share

Ads Dextop And Mobile