Laporan Utusan Online, Nursyuhada Johari, 20, seorang Mahasiswi UITM Pulau Pinang yang maut dikelar dalam kereta Proton Perdana dipercayaai berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan suspek yang juga dipercayaai teman lelakinya.
Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari kelmarin di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas Lebuh Raya. Seorang penumpang lelaki (suspek) kemudian keluar dan cuba menarik mangsa ke bahu jalan.
Sementara itu menurut saksi kejadian lain yang merupakan ejen insurans, dia mendesak suspek berkata "tak mampus lagi ke" selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu kereta proton Perdana di lorong kiri lebuh raya.
Katanya lagi, selepas itu melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.
Dia kemudian melihat sambil berkata, "Dia belum mampus lagi ke?", katanya.
Suspek dipercayaai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.
Polis tidak menolak punca sebenar ini adalah masalah percintaan. Bagaimanapun, laporan Berita Harian, ahli keluarga Nursyuhada menafikan perkara itu walaupun tahu Nursyuhada mengenali suspek berkenaan.
Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksye 302 kanun keseksaan.