Minggu, 20 Februari 2000

Raisyyah Raina Yeap Tidak Terkecuali Sambut Tahun Baru Cina Tahun 2015.


PETALING JAYA : Walaupun sudah memeluk Agama Islam, Raisyyah Rania Yeap (Rara) tetap menyambut Tahun Baru Cina (CNY)
Menurut Rara, baginya CNY tiada kena mengena dengan sambutan keagamaan, tetapi lebih kepada Sambutan Tahun Baru mengikut Kalendar Lunar.
Dulu, Rara merupakan seorang Atheist (tiada pegangan agama) tidak pernah membuat ritual sembahyang setiap kali CNY.Menurut Rara lagi, sambutan CNY sebagai seorang Muslimah membuatkan dia lebih menghargai susur galur keturunannya iaitu sebagai Kaum Cina.
Semalam melalui laman Facebook nya, dia ada memuatnaikkan status berbunyi, “Sekarang waktu saya masak makanan sendiri. Menggunakan peralatan baru untuk makanan Halal. Sebelum menaikkan gambar-gambar juadahnya di laman sosial seperti ayam masak merah, sup dan telur goreng.
Hanya CNY membuatkan Rara merasakan suasana dimana semua orang pulang ke rumah dan riuh. Sebab itulah  Rara tetap meraikan CNY, hanya pada waktu ini sahajalah dia berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga.
Rara amat menghargai Budaya Cina, tetapi Rara akan pastikan dia menjauhi budaya budaya yang menyimpang dari ajaran agamanya seperti sembahyang, berjudi, minum arak dan memakan makanan yang tidak halal.

Ads Inside Post

Banyak Di Baca Dan Share

Ads Dextop And Mobile